Wednesday, 20 May 2015

KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK SMSSMJ 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada bulan April 2015 yang lalu, satu berita telah diperolehi daripada Cikgu Noraini Zakaria mengenai permohonan sumbangan untuk kelab guru SMSSMJ dimana beliau merupakan salah seorang AJK yang dilantik untuk tujuan tersebut.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai itu akan digunakan oleh kelab guru untuk menjalankan aktiviti yang berguna untuk kebaikan pelajar-pelajar SMSSMJ dan para guru sendiri.

Bagi menjayakan kutipan sumbangan ini, Pn.Syafini Bt Said (Bendahari Koperasi Sejiwa96) secara sukarela mengizinkan akaun beliau digunakan bagi memudahkan saluran sumbangan daripada mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan.

Syafini Bt Said
Maybank :102072371992
*Sumbangan untuk Kelab Guru Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ)*

 Tarikh akhir untuk sumbangan ini tidak dinyatakan, tetapi bolehlah diberikan secepat mungkin untuk kemudahan semua pihak.

Semoga sumbangan tuan/puan memberi kebaikan dan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak. Insyaallah.

CADANGAN PEMBELIAN ASET TETAP KOPERASI SEJIWA96

CADANGAN PEMBELIAN ASET TETAP

1.Pendahuluan:
Koperasi Sejiwa96 boleh memiliki aset sendiri selaras dengan Bahagian iii, Matlamat, fungsi dan aktiviti (Rujuk perkara 9.(1)(c) UKK). Sehubungan itu, satu cadangan pemilikan aset tetap dengan tumpuan kepada pemilikan bangunan komersil seperti rumah kedai, ruang niaga dan ruang pejabat. Selain meningkatkan aset koperasi, pemilikan seperti ini dapat menghasilkan pendapatan untuk tempoh yang panjang.

2.Kebaikan
Antara kebaikan memiliki aset tetap untuk Koperasi Sejiwa 96:
1) Meningkatkan nilai Koperasi. 
2) Menambah aset selain daripada aset cair (wang tunai).
3) Sumber pendapatan melalui pendapatan sewaan.
4) Boleh dijadikan sebagai pejabat operasi Koperasi.

3.Sumber kewangan
Terdapat 4 sumber kewangan yang boleh difikirkan untuk menjayakan cadangan ini:
1. Melalui pinjaman SKM.
2.Melalui pinjaman bank.
3.Melalui pelaburan ahli.
4.Melalui JV atau Partnership.

4.Risiko
Walaupun terdapat kebaikan untuk mendapatkan aset ini, risiko untuk menjayakannya tidak dapat disisihkan. Antara risiko yang ada:
1. Koperasi masih diperingkat awal.Pengurusan masih lemah.
2. Lokasi pembelian aset perlu penilaian agar memberi pulangan yang dikehendaki.
3.Kesukaran untuk mendapatkan sokongan daripada pembiaya (SKM atau bank) kerana operasi koperasi masih belum kukuh.
4. Lain-lain risiko kewangan dan perniagaan.

5.Penutup.
Cadangan ini mungkin diperingkat terlalu awal.Tetapi signifikan serta kemampuan untuk melaksanakannya tidak boleh dinafikan oleh anggota jika kena caranya. Cadangan ini menunggu untuk dilaksanakan bila tiba masanya.

*Lokasi, harga, jenis, status aset tidak dibincangkan dalam cadangan ini kerana memerlukan penilaian mendalam oleh anggota yang pakar atau maklumat lanjut.

Sekadar Contoh : Sumber daripada www.mudah.my