Wednesday, 8 July 2015

Pengedaran Buku Undang-undang Kecil kepada Anggota

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara 17, Bahagian IV : Keanggotaan, menyatakan tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskah Undang-undang kecil. Naskah tambahan akan dikenakan bayaran. Sehubungan itu, pihak Koperasi sedang mengagihkan buku undang-undang kecil kepada Anggota  selaras dengan peraturan tersebut.

Kaedah utama pengedaran Buku undang-undang kecil ini ialah melalui Pos dan setiap anggota akan menerima dokumen seperti berikut:
1.Buku undang-undang kecil
2.Borang keahlian.
3.Rekod saham (format sahaja).
4.Sampul beralamat sendiri kepada:

Nurul Zuraini Binti Zolkiflee,
Setiausaha Koperasi Sejiwa 96,
Lot 829 RPT Salak, Sungai Siput (U) 
31050 Sungai Siput (U) Perak Darul Ridzuan.

 SILA SERTAKAN SESALINAN KAD PENGENALAN ANDA DAN WASI

Adalah menjadi tanggungjawab anggota untuk menyimpan buku undang-undang kecil, mengisi borang keahlian dan rekod kewangan dan menghantarnya kembali kepada Puan Setiausaha Koperasi.

SILA KEMBALIKAN BORANG KEAHLIAN DAN REKOD KEWANGAN KEPADA PUAN SETIAUSAHA MENGGUNAKAN SAMPUL YANG DISERTAKAN DENGAN SEGERA

Setakat ini setiap anggota perlu menghantar alamat masing-masing ke pejabat koperasi samaada melalui whatapss atau sms bagi membolehkan penghantaran dokumen ini dibuat. Tiada kos dikenakan kepada anda. 

Setiausaha Koperasi Sejiwa 96 :   011-52979096 (Whatapss / Email)

Format maklumat yang dikehendaki :
Nama :
Alamat:
No.Telefon :

Kemaskini 6/11/2019 : Senarai semak penghantaran dokumen.

1 comment:

  1. Pembetulan :

    S016 - Qhairunisha Binti Mohd Khalid (w/o Ahmad Muzammir Bin Zainol S015)

    ReplyDelete