Tuesday, 28 April 2015

AKTIVITI KOPERASI

AKTIVITI KOPERASI

Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan-peraturan :

a) Menjalankan aktiviti berikut :
i. Pendidikan ICT;
ii. Penganjur acara/program promosi;
dan
iii) perkhidmatan pengurusan perniagaan;

b) menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;

c) membeli, menjual memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

d) melaburkan wang berlebihan di dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

e) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya dan

f) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.


Bagi melaksanakan aktiviti menurut fasal (1), koperasi boleh mendapatkan :

a) modal dengan cara mengumpul syer, deporit, pinjaman atau simpanan khas daripada Anggota: dan
b)pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50 (e) Akta dan peraturan-peraturan.


No comments:

Post a Comment