Tuesday, 28 April 2015

KEANGGOTAAN

KEANGGOTAAN

BAHAGIAN IV
KEANGGOTAAN

Anggota

Anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama di dalam permohonan mendaftarkan koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agong permulaan koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut peraturan dan undang-undang kecil ini selepas pendaftaran.

Permohonan menjadi Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang rasmi koperasi dan dialamatkan kepada setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Fii masuk

RM100.00 .(Akan dipulangkan jika permohonan ditolak).

RM200.00 jika bekas anggota memohon untuk menjadi anggota semula.


*Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00 SYER, boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana yang terkandung di dalam undang-undang kecil ini.


Fii masuk = Yuran Masuk = RM100.00 seorang (Seumur hidup dan tidak dikembalikan).
Syer = Saham Anggota = Minima RM 100.00 seorang (Sebagai simpanan saham dalam Koperasi)

Fii dan syer adalah perkara berbeza.

ANGGOTA = KOPERASI
KOPERASI = ANGGOTA
ALK = Sebilangan dari Anggota yang dilantik untuk mengetuai Koperasi.

No comments:

Post a Comment